Total Pageviews

Monday, 30 January 2017

Kari Ikan Jenahak @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Jom menjamu selera pada waktu makan tengahari di restoran kami dengan salah satu menu lauk kampung yang kami sediakan. Pasti selera anda terangkat dari sebelum suapan pertama bersama kari ikan jenahak yang sedap ini. Kena cuba dulu baru bertambah selera.
Jangan pandang saja, jomlah cuba...

Wednesday, 25 January 2017

Tempahan Set Nasi Dagang Hari Ini @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Set nasi dagang yang kami sediakan untuk tempahan kali ini... 
Nasi dagang + kari ayam + gulai ikan tongkol + sambal kelapa + telur rebus.

Anda ingin mencuba? Jangan segan-segan mendail nombor kami... Sila kan...


Monday, 23 January 2017

Gulai Ikan Kering Jelira @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Jeliranya makan tengahari bila pilih menu masakan lauk kampung ni. Salah satu yang kami sediakan di sini adalah gulai lengkuas ikan kering. Bila pekena dengan nasi putih panas-panas pasti bertambah nasinya. Tak percaya? Cuba lah dulu... baru tahu kan... 😀😋😋
 
Pasti menbuka selera...

Saturday, 21 January 2017

Harley-Davidson Club Of Malaysia , Ben10 & Glow Glowing TRW Dalam Album Hari Ini @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Tetamu hari ini...
Kami pihak Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu merasa amat berbesar hati dengan dua kunjungan hari ini oleh kumpulan Harley-Davidson seramai lebih kurang 22 orang dan juga kunjungan Ben10, salah seorang pemain utama pasukan bola sepak Kelantan (The Red Worrior) bersama dengan Glow Glowing TRW . Selamat datang buat mereka.

(Sila klik pada setiap image untuk membesarkannya)
Group Harley-Davidson bergambar di hadapan Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu.
Foto Wan Mohd Faisal.
Foto Wan Mohd Faisal.
Foto Wan Mohd Faisal.
 
 Kemeriahan di dalam restoran ketika menjamu selera.
 
Minat tak dengan motor berkuasa tinggi ini? 😉😉😉

 
Terima kasih ya sudi berkunjung. Really appreciated. Terima kasih dengan pujian tentang kesedapan nasi dagang kami dan jangan segan-segan datang lagi. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Diharapkan team Harley-Davidson dapat membantu mempromosikan Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu. Didoakan juga perjalanan tuan2 selamat ke destinasi yang telah dirancangkan.

(Di ulangi... sila klik pada setiap image untuk membesarkannya)
 
Credit to Wan Mohd Faisal, Ahmad Sharbi Abdul Jamil dan Harley-Davidson Club Of  Malaysia.

Dalam dialog tadi, mereka memberitahu tentang perancangan mereka untuk singgah lagi ke restoran kami pada bulan Mac nanti bersama kumpulan seramai lebih kurang 200 orang sebelum ke program mereka di Tok Bali. Semoga impian dan harapan terlaksana.

**********************************************
  
Senyuman ceria Pengurus Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (2), Puan Wanie dan suaminya En. Bawie bersama Ben10 yang berkunjung hari ini.
 
Kepada peminat2 Ben10, peluang terbuka hari ini untuk bergambar bersamanya.
Ceria menjamu selera. 
  
 Ben10 dan Glow Glowing TRW... Kami pihak Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu amat menghargai kunjungan anda. Jangan lupa datang lagi. Terima kasih.

Thursday, 19 January 2017

Add On Telur Mata With Chicken Chop @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Pilihan menu yang pihak kami sediakan untuk memenuhi kehendak dan citarasa setiap pelanggan kami.
Chicken Chop Telur Mata.

Telur mata sebagai tambahan ke dalam menu Chicken Chop ini adalah atas permintaan pelanggan kami.
"Kepuasan anda kebanggaan kami"

Monday, 16 January 2017

Cuti Bulanan Minggu Ke-3 Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

PENGUMUMAN CUTI ESOK....

Makluman kepada semua pengunjung dan pelanggan kami di Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu, bahawa kami akan mengadakan satu hari cuti pada setiap hari selasa minggu pertama (1) dan minggu ketiga (3) pada setiap bulan, bermula esok.

Dengan itu esok, Selasa 17 Januari, Restoran kami tidak beroperasi. Tapi ingat... hanya satu hari sahaja ya kerana pada Rabu 18 Januari, Restoran kami akan beroperasi seperti biasa. 
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi (whatsapp) :-
1. 011-11199946 (Puan Wanie)
2. 012-6728997 (Wan)

SEKIAN TERIMA KASIH...


Bawal Tiga Rasa @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu


Telur Bungkus @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu


Saturday, 14 January 2017

Masam-Masam Manis Pengundang Selera @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Anda tidak sihat? Demam? Loya? Atau tiada selera makan???
Apa kata anda mengunjungi restoran kami untuk memikat kembali selera yang hilang seketika itu. Mungkin dengan menu yang ada rencah sedikit masam-masam, dapat menghilangkan rasa mual yang di alami. Tambahkan tenaga anda di restoran kami.
Menu berasaskan mangga.
 
 Siakap Kerabu Mangga
 
 Ayam Mangga
 
Atau boleh menghirup sup dari Siakap Stim Limau.
 
Juga dengan kesedapan masam-masam manis dari Siakap Pesak.
 

Juga dengan rasa lemon yang menyegarkan dari Ayam Lemon.

Apa salahnya mencuba kan... semoga selera anda kembali terbuka kerananya...

Selamat datang...

Top Menu @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Signature dish kami (Nasi dagang) dan chicken chop menjadi pilihan utama terkini. Bila lagi anda ingin mencuba? Selamat Datang...

Nasi Goreng Chicken Chop @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

 
Big Dish Combo.

Pulut Kuning Rendang @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Sebarang tempahan juga di alu-alukan... 
 
Jangan segan2.. jangan malu2 untuk menghubungi kami...