Total Pageviews

Saturday, 25 February 2017

Tempahan Nasi Ala Kak Wook Lagi Versi Bajet @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Sekali lagi Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu menerima permintaan tempahan nasi bungkus berlauk ala Kak Wook versi bajet. Persetujuan melalui rundingan dan kami pihak Restoran NDWB sentiasa mencuba untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Nasi berlauk bungkus versi bajet.
Sekali pun versi bajet, namun set Nasi Berlauk ini lengkap dengan lauk dalca, sambal lada, dan ayam goreng kunyit berempah semestinya. Semoga pelanggan berpuas hati dengan set Nasi Berlauk ala Kak Wook ini.

Untuk sebarang ulasan, cadangan, pertanyaan dan tempahan, sila hubungi kami di talian :-
011-11199946 (Wanie)
012-6728997 (Wan)

Sunday, 19 February 2017

Tempahan Nasi Ala Kak Wook @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Kami di Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu, hari ini, atas permintaan dan tempahan pelanggan, telah menyediakan 'Nasi Bungkus Ala Kak Wook' sebanyak 200 bungkus. Tempahan ini adalah untuk majlis 'Solat Hajat' dan juga 'Doa Selamat'.
Nasi Ala Kak Wook dari Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu.
200 pax tersedia.
Ayam Goreng Kunyit Berempah kami.

Dalca

Air lada yang kaw-kaw...
Image for 1 set.
Bersedia untuk penghantaran ke rumah pelanggan.

Semoga pelanggan berpuasa hati dengan perkhidmatan yang pihak kami sediakan. Sebarang cadangan untuk pembaikan perkhidmatan kami amatlah di alu-alukan kerana kepuasan anda adalah kejayaan kami. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi kami di talian :-
011-11199946 (Wanie)
012-6728997 (Wan)

Sekian terima kasih.

Tuesday, 14 February 2017

Nasi Kerabu Jelira Sedap Untuk Tempahan @ Warung Nasi Dagang Wakaf Bharu

Warung Nasi Dagang Wakaf Bharu yang terletak di 197, hadapan Klinik Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan bersedia menerima tempahan set Nasi Kerabu untuk sebarang majlis anda. Buat masa ini hanya di sediakan berdasarkan permintaan pelanggan sahaja untuk majlis-majlis tertentu seperti Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan seumpamanya.

Penerangan di bawah adalah contoh promo Nasi Kerabu Jelira NDWB apabila menu nasi lazat ini di buka untuk jualan di warung atau di restoran kami>>>>>>HAYATI PROMO IKLAN DI BAWAH

Memenuhi syarat sarapan pagi sebagai menu asli Kelantan, kami di Warung Nasi Dagang Wakaf Bharu tidak pernah ketinggalan dalam menyediakan menu Nasi Kerabu yang anda boleh nikmatinya dari awal pagi hingga ke makan tengahari.
Adakalanya Nasi Kerabu Kuning
Adakalanya juga Nasi Kerabu versi biru.
 
Anda juga boleh memilih lauk yang digemari untuk di makan bersama Nasi Kerabu ini samada, daging bakar, ayam goreng, ikan keli, hati atau jantung ayam goreng, telur masin atau pilihan lain yang menawan selera anda. 
Jangan lupa mengunjungi Warung Nasi Dagang Wakaf Bharu untuk menikmati Nasi Kerabu Jelira Sedap ini.

Pihak kami juga sentiasa mengalu-alukan dan sedia menerima tempahan Nasi Kerabu ini untuk sebarang majlis anda. Kami insyaAllah akan memenuhi sebarang permintaan anda dalam menerima tempahan ini. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi talian :-

1- 011-11199946 (Wanie)
2 - 012-6728997 (Wan)

Sayur Tumis Air @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Lagi satu menu dari pilihan lauk pauk nasi campur yang ringkas tetapi tetap menggamit selera makan anda, 'Sayur Tumis Air' atau kita sebut sebagai 'Sayur Air' sahaja. Ada kalanya disebut juga sebagai 'Sup Sayur'. Sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan menu diet. Kaya dengan protein dari pelbagai ball juga serat dari sayuran itu sendiri. 
Sayur Air.... Jom menghirup...

Monday, 13 February 2017

Sardin Pemikat Selera @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Salam sejahtera para pengunjung....
Kari bukan, masak merah pun bukan. Masak kicap bukan, sambal tumis lagi bukan ya. 
Ini lah dia masakan mudah tetapi cukup menambat selera anda. Sardin berkuah lazat yang boleh anda nikmati bersama nasi putih dari salah satu menu hidangan nasi campur.

Sunday, 12 February 2017

Pelancong @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Pengunjung dari jauh, Welcome to Kota Bharu. 
Mereka memilih untuk makan menu tempatan iaitu Nasi Putih + Tom Yam + Ayam Goreng Kunyit.
 
Alhamdulillah sedap kata mereka. Bukan sekadar lafaz tapi mereka buktikan dengan licinnya pinggan makan mereka. Mereka juga telah menyelitkan RM2 di bawah pinggan sebagai 'Tip' dan merakam aksi kami dengan camcorder menandakan mereka berpuas hati. InsyaAllah ya...

Thank you & please come again.

Saturday, 11 February 2017

Album Kali Ini @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Antara suasana pengunjung Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu lama dan baru...
 
 
Dari Perak
 
Tourist
 
 
Harley Davidson Club Of Malaysia
 
 
TRW team and glow-glowing
 
 
 
 
 
Daily time...

Friday, 10 February 2017

Menu Wajib & Masakan Panas @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Sila klik pada gambar untuk membesarkan image...
Menu wajib di restoran kami, semestinya 'Nasi Dagang'.
 
  
 
 
 Aneka pilihan masakan panas dan juga minuman. Anda juga boleh request mana-mana menu berkaitan sekali pun tiada terdapat di sini. InsyaAllah kami cuba sediakan.
 Antara menu 'Special' dari kami.


Thursday, 9 February 2017

Hot Honey Lemon @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Minuman yang seeloknya anda amalkan...
Salah satu minuman yang mempunyai banyak khasiat yang kami sediakan. Jika anda mempunyai masalah batuk, sakit tekak, selsema, kepala pening atau seumpamanya, 'Hot Honey Lemon' adalah merupakan pilihan tepat anda. InsyaAllah bakal melegakan masalah kerongkong yang dihadapi... 🌝🌝🌝

Nasi Goreng Daging Merah @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Take away version... 

Tom Yam Sea Food @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Hidangan yang ada rasa sedikit masam-masam adakalanya menjadi pilihan.... Menghirup sup tom yam bersama nasi putih panas-panas, dengan aroma tradisi yang terserlah, pasti memenuhi citarasa anda.
 
↑↑Individu set...

Atau boleh pilih↓↓
Big Dish or family dish.

Monday, 6 February 2017

Tom Yam 'kropeh' Ayam @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Mari mari mari rasa... kekadang kita dah jemu dengan masakan berlemak berkrim semua tu. Ketika ini tentu tekak anda inginkan sesuatu yang boleh menghilangkan rasa muak. Jadi tukarlah selera anda kepada menu lauk kampung ala thai. Sesekali menghirup dengan tomyam yang ada rasa masam-masam sedikit, tentu mengembalikan tenaga anda. 

Kadang-kadang tekak kita tidak sukakan ayam bahagian isinya. Mahukan yang ada tulang-tulang gitu. Jadi apa kata undanglah selera anda dengan tomyam 'keropeh' ayam ni. Haaa... apaaa? Tak tahu apa itu keropeh ayam..? Bagi yang bukan dari anak Kelantan, keropeh ayam ni adalah seperti bahagian rangka-rangka yang bertulang dengan ada isi-isi yang masih melekat, atau bahagian kaki, hati, jantung, pedal atau leher semua tu lah... sedapkan bila sesekali meikmati bahagian keropeh ayam ni... Haaa... dengan ini kami yakin anda telah tahu apa itu keropeh ayam... sila sila sila... silalah rasa...
Salah satu menu lauk tengahari, 'Tom Yam Keropeh Ayam'