Total Pageviews

Saturday 21 January 2017

Harley-Davidson Club Of Malaysia , Ben10 & Glow Glowing TRW Dalam Album Hari Ini @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Tetamu hari ini...
Kami pihak Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu merasa amat berbesar hati dengan dua kunjungan hari ini oleh kumpulan Harley-Davidson seramai lebih kurang 22 orang dan juga kunjungan Ben10, salah seorang pemain utama pasukan bola sepak Kelantan (The Red Worrior) bersama dengan Glow Glowing TRW . Selamat datang buat mereka.

(Sila klik pada setiap image untuk membesarkannya)
Group Harley-Davidson bergambar di hadapan Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu.
Foto Wan Mohd Faisal.
Foto Wan Mohd Faisal.
Foto Wan Mohd Faisal.
 
 Kemeriahan di dalam restoran ketika menjamu selera.
 
Minat tak dengan motor berkuasa tinggi ini? 😉😉😉

 
Terima kasih ya sudi berkunjung. Really appreciated. Terima kasih dengan pujian tentang kesedapan nasi dagang kami dan jangan segan-segan datang lagi. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Diharapkan team Harley-Davidson dapat membantu mempromosikan Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu. Didoakan juga perjalanan tuan2 selamat ke destinasi yang telah dirancangkan.

(Di ulangi... sila klik pada setiap image untuk membesarkannya)
 
Credit to Wan Mohd Faisal, Ahmad Sharbi Abdul Jamil dan Harley-Davidson Club Of  Malaysia.

Dalam dialog tadi, mereka memberitahu tentang perancangan mereka untuk singgah lagi ke restoran kami pada bulan Mac nanti bersama kumpulan seramai lebih kurang 200 orang sebelum ke program mereka di Tok Bali. Semoga impian dan harapan terlaksana.

**********************************************
  
Senyuman ceria Pengurus Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (2), Puan Wanie dan suaminya En. Bawie bersama Ben10 yang berkunjung hari ini.
 
Kepada peminat2 Ben10, peluang terbuka hari ini untuk bergambar bersamanya.
Ceria menjamu selera. 
  
 Ben10 dan Glow Glowing TRW... Kami pihak Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu amat menghargai kunjungan anda. Jangan lupa datang lagi. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment