Total Pageviews

Monday 6 February 2017

Tom Yam 'kropeh' Ayam @ Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Mari mari mari rasa... kekadang kita dah jemu dengan masakan berlemak berkrim semua tu. Ketika ini tentu tekak anda inginkan sesuatu yang boleh menghilangkan rasa muak. Jadi tukarlah selera anda kepada menu lauk kampung ala thai. Sesekali menghirup dengan tomyam yang ada rasa masam-masam sedikit, tentu mengembalikan tenaga anda. 

Kadang-kadang tekak kita tidak sukakan ayam bahagian isinya. Mahukan yang ada tulang-tulang gitu. Jadi apa kata undanglah selera anda dengan tomyam 'keropeh' ayam ni. Haaa... apaaa? Tak tahu apa itu keropeh ayam..? Bagi yang bukan dari anak Kelantan, keropeh ayam ni adalah seperti bahagian rangka-rangka yang bertulang dengan ada isi-isi yang masih melekat, atau bahagian kaki, hati, jantung, pedal atau leher semua tu lah... sedapkan bila sesekali meikmati bahagian keropeh ayam ni... Haaa... dengan ini kami yakin anda telah tahu apa itu keropeh ayam... sila sila sila... silalah rasa...
Salah satu menu lauk tengahari, 'Tom Yam Keropeh Ayam'

No comments:

Post a Comment