Total Pageviews

Thursday 22 December 2016

Latar Belakang Perniagaan Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Perniagaan kami ditubuhkan sejak 15 tahun lalu bermula dengan Warung Nasi Dagang di Hadapan Klinik Wakaf Bharu yang masih beroperasi hingga kini. Pada awalnya diusahakan oleh bonda tercinta Siti Hasiah Hussin yang kemudiannya dibantu oleh anak ke-4 dan bongsu.  Perniagaan warung kami mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan warga tempatan Wakaf Bharu dan kawasan sekitarnya. Sokongan ini telah memungkinkan kami memberanikan diri untuk membuka sebuah restoran di Kota Bharu. Klik sini untuk membaca review cerita ringkas tentang NDWB.

Restoran baru ini menyediakan pelbagai masakan istimewa dengan rasa yang sangat sedap dan menyelerakan. Kami juga menerima tempahan dan katering untuk majlis pejabat-pejabat, majlis perkahwinan atau apa2 majlis perayaan. Dengan pengalaman luas keluarga dalam perniagaan makanan dan kuih-muih sejak puluhan tahun bermula di Pasar Lama Wakaf Bharu, kami yakin Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu mampu menawarkan perkhidmatan terbaik yang boleh memuaskan hati para pelanggan. Antara menu terbaik restoran kami adalah Nasi Dagang VIP, Lontong Bonda dan Laksa Adinda. Juga menu nasi campur dengan pelbagai jenis lauk juga ulaman serta masakan panas. Sila berkunjung ke Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu jika ingin menikmati juadah-juadah yang sangat sedapnya ini.

Sesungguhnya, sebagai sebuah restoran baru, kami amat memerlukan sokongan semua pihak untuk bergerak maju. Matlamat kami adalah ingin menjadi sebuah restoran terunggul di Kelantan dengan menu sajian yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan. Sokongan padu berterusan para pengunjung amat kami harapkan. Jutaan terima kasih pada semua yang telah menyokong kami sehingga dapat merealisasikan pembukaan restoran baru ini. Tuan-puan telah bersama-sama mencipta sejarah dengan menyokong pembukaan dan kemajuan restoran ini.  Syabas..

Akhir kata... 
Melancong ke Kota Bharu mesti melencong ke Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu.
 Mari Kota Bharu…mesti rasa Nasi Dagang Wakaf Bharu.

Sekian Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment