Total Pageviews

Friday 23 December 2016

Nasi Dagang Wakaf Bharu: Resepi Bonda Tercinta Siti Hasiah Husin

Kelazatan nasi dagang kami adalah hasil ciptaan rasa bonda kami Siti Hasiah Husin yang telah memulakan perniagaan nasi dagang sejak 15 tahun lalu di warung hadapan rumah yang masih ada sehingga sekarang (rujuk sini)

Bagi kami anak-anak, beliau merupakan 'superwoman' kerana sejak dari zaman remaja lagi telah menceburi bidang perniagaan kuih muih membantu nenda di Pasar Lama Wakaf Bharu, Sejak puluhan tahun juga bonda sendiri berniaga di Pasar Lama dan Pasar Baru Wakaf Bharu. 

Di samping itu bonda banyak menerima tempahan dari rumah untuk apa jua masakan tradisi Kelantan mahupun masakan Malaysia seperti nasi himpit dan kuah kacang, aneka nasi serta lauk-pauk, laksam, laksa kelantan mahupun utara serta lontong dan pelbagai lagi. 

Buat masa ini bonda masih lagi menjadi tukang masak terpenting di rumah untuk menyediakan menu utama nasi dagang dan juga gulai ayam serta ikan tongkol bagi kedua- dua premis iaitu Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu 2 di Kota Bharu dan Warung Nasi Dagang Wakaf Bharu. 


No comments:

Post a Comment